Prev  

91. Surah Ash-Shams سورة الشمس

  Next  




1st Ayah  1  الأية ١الأولي
بِسْم ِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا
Washshamsi waduhaha

Malay
 
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;

Ayah  91:2  الأية
وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا
Walqamari itha talaha

Malay
 
Dan bulan apabila ia mengiringinya;

Ayah  91:3  الأية
وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا
Wannahari itha jallaha

Malay
 
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;

Ayah  91:4  الأية
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا
Wallayli itha yaghshaha

Malay
 
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

Ayah  91:5  الأية
وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا
Wassama-i wama banaha

Malay
 
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);

Ayah  91:6  الأية
وَالْأَرْضِ وَمَا طَحَاهَا
Wal-ardi wama tahaha

Malay
 
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);

Ayah  91:7  الأية
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
Wanafsin wama sawwaha

Malay
 
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Ayah  91:8  الأية
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
Faalhamaha fujooraha wataqwaha

Malay
 
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

Ayah  91:9  الأية
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
Qad aflaha man zakkaha

Malay
 
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Ayah  91:10  الأية
وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Waqad khaba man dassaha

Malay
 
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Ayah  91:11  الأية
كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَاهَا
Kaththabat thamoodu bitaghwaha

Malay
 
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;

Ayah  91:12  الأية
إِذِ انبَعَثَ أَشْقَاهَا
Ithi inbaAAatha ashqaha

Malay
 
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

Ayah  91:13  الأية
فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللهِ نَاقَةَ اللهِ وَسُقْيَاهَا
Faqala lahum rasoolu Allahi naqataAllahi wasuqyaha

Malay
 
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"

Ayah  91:14  الأية
فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُم بِذَنبِهِمْ فَسَوَّاهَا
Fakaththaboohu faAAaqaroohafadamdama AAalayhim rabbuhum bithanbihim fasawwaha

Malay
 
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

Ayah  91:15  الأية
وَلَا يَخَافُ عُقْبَاهَا
Wala yakhafu AAuqbaha

Malay
 
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).





© EsinIslam.Com Designed & produced by The Awqaf London. Please pray for us