Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah
ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan
kepercayaan yang salah).
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini
ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari
alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat
(akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula
melampaui batas.
(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang
membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa
"Al-Laat" dan "Al-Uzza" -
Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan
datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang
membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan
sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi
sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.
(Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah
itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat
mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa
yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak
lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu
tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
(Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai
oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang
yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang
mendapat hidayah petunjuk.
Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi;
(diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut
apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan
balasan yang sebaik-baiknya.
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang
keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya,
maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih
mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan
semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam
perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci
bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
bertaqwa.
Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat
mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan
menimpanya pada hari akhirat)?
(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh
memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya
sahaja);
Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan
Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).