: 📗 → IbnKathir ابن كثير AtTabariy الطبري AlQurtubi القرطوبي AsSaadiyy السعدي AlBaghawi البغوي AlMuyassar الميسر AlJalalain الجلالين Grammar الإعراب Arabic Albanian Bangla Bosnian Chinese Czech English French German Hausa Indonesian Japanese Korean Malay Malayalam Persian Portuguese Russian Somali Spanish Swahili Turkish Urdu Yoruba Transliteration [+]
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ
لِغَيْرِ اللهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ
وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى
النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ
يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي
وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ
مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Malay
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan
darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan
binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati
tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi,
dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat
kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala;
dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.
Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah
putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat
perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar
kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari
ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu
kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka
sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan)
sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya),
kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.