(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang
telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai
hamparan?
(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu
telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan),
kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada
kamu".
Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di
antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa
berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau
pengurniaan itu);
(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri
bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata
(memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang
Maha Pemurah, serta ia berkata benar.
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap
berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil
jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!
Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran
kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang
melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada
hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak
dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".