Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan
kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang
lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka
tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan
buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana
mereka tidak bertaubat).
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh
Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah
kemenangan yang besar.