Prev

82. Surah Al-Infitr سورة الإنفطار

Next




First Ayah   1   الأية الأولي
بِسْم ِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا السَّمَاءُ انفَطَرَتْ
Itha assamao infatarat

Malay
 
Apabila langit terbelah;

Ayah   82:2   الأية
وَإِذَا الْكَوَاكِبُ انتَثَرَتْ
Wa-itha alkawakibu intatharat

Malay
 
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;

Ayah   82:3   الأية
وَإِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْ
Wa-itha albiharu fujjirat

Malay
 
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;

Ayah   82:4   الأية
وَإِذَا الْقُبُورُ بُعْثِرَتْ
Wa-itha alqubooru buAAthirat

Malay
 
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -

Ayah   82:5   الأية
عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ
AAalimat nafsun ma qaddamatwaakhkharat

Malay
 
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Ayah   82:6   الأية
يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ
Ya ayyuha al-insanu magharraka birabbika alkareem

Malay
 
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -

Ayah   82:7   الأية
الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ
Allathee khalaqaka fasawwakafaAAadalak

Malay
 
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;

Ayah   82:8   الأية
فِي أَيِّ صُورَةٍ مَّا شَاءَ رَكَّبَكَ
Fee ayyi sooratin ma shaarakkabak

Malay
 
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

Ayah   82:9   الأية
كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِالدِّينِ
Kalla bal tukaththiboona biddeen

Malay
 
Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

Ayah   82:10   الأية
وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ
Wa-inna AAalaykum lahafitheen

Malay
 
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

Ayah   82:11   الأية
كِرَامًا كَاتِبِينَ
Kiraman katibeen

Malay
 
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);

Ayah   82:12   الأية
يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ
YaAAlamoona ma tafAAaloon

Malay
 
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

Ayah   82:13   الأية
إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ
Inna al-abrara lafee naAAeem

Malay
 
(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;

Ayah   82:14   الأية
وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ
Wa-inna alfujjara lafee jaheem

Malay
 
Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

Ayah   82:15   الأية
يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ الدِّينِ
Yaslawnaha yawma addeen

Malay
 
Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,

Ayah   82:16   الأية
وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَائِبِينَ
Wama hum AAanha bigha-ibeen

Malay
 
Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

Ayah   82:17   الأية
وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ
Wama adraka ma yawmu addeeni

Malay
 
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

Ayah   82:18   الأية
ثُمَّ مَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ
Thumma ma adraka mayawmu addeen

Malay
 
Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

Ayah   82:19   الأية
يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِّنَفْسٍ شَيْئًا ۖ وَالْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِّلَّهِ
Yawma la tamliku nafsun linafsinshay-an wal-amru yawma-ithin lillah

Malay
 
(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.




EsinIslam.Com Designed & produced by The Awqaf London. Please pray for us