First Ayah 1 الأية الأوليبِسْم ِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Malay
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada
Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
|
Ayah 64:2 الأية
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنكُمْ كَافِرٌ وَمِنكُم مُّؤْمِنٌ ۚ وَاللَّهُ بِمَا
تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Malay
Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir
dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala
yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).
|
Ayah 64:3 الأية
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ
ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Malay
Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan
Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah
tempat kembali.
|
Ayah 64:4 الأية
يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا
تُعْلِنُونَ ۚ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Malay
Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala
yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui
segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;
|
Ayah 64:5 الأية
أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَبَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَبْلُ فَذَاقُوا وَبَالَ
أَمْرِهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Malay
Bukankah telah sampai kepada kamu berita orang-orang kafir yang telah lalu? Lalu
mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan kufur mereka; dan mereka (pada
hari akhirat kelak) beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
|
Ayah 64:6 الأية
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُ كَانَت تَّأْتِيهِمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَقَالُوا
أَبَشَرٌ يَهْدُونَنَا فَكَفَرُوا وَتَوَلَّوا ۚ وَّاسْتَغْنَى اللَّهُ ۚ وَاللَّهُ
غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Malay
(Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi
Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan
yang jelas nyata, maka mereka berkata:" Patutkah manusia (yang seperti kami -
menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami?" Lalu mereka kufur ingkar
serta berpaling (dari kebenaran); dan Allah pun menyatakan tidak berhajatNya
(kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka); dan Allah
sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji.
|
Ayah 64:7 الأية
زَعَمَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن لَّن يُبْعَثُوا ۚ قُلْ بَلَىٰ وَرَبِّي
لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْ ۚ وَذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ
يَسِيرٌ
Malay
(Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka)
mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (sesudah mati).
Katakanlah: "Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan
diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah
mudah bagi Allah melaksanakannya.
|
Ayah 64:8 الأية
فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالنُّورِ الَّذِي أَنزَلْنَا ۚ وَاللَّهُ بِمَا
تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Malay
Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada rasulNya serta kepada
penerangan cahaya Al-Quran - yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Allah Amat
Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
|
Ayah 64:9 الأية
يَوْمَ يَجْمَعُكُمْ لِيَوْمِ الْجَمْعِ ۖ ذَٰلِكَ يَوْمُ التَّغَابُنِ ۗ وَمَن
يُؤْمِن بِاللَّهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُدْخِلْهُ
جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ
الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Malay
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk
menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan
(ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh,
nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;
yang demikian itulah kemenangan yang besar.
|
Ayah 64:10 الأية
وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ
خَالِدِينَ فِيهَا ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Malay
Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami,
merekalah ahli neraka, kekalah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk
tempat kembali.
|
Ayah 64:11 الأية
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ
يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Malay
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan
dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin
hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan
(ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
|
Ayah 64:12 الأية
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ ۚ فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّمَا
عَلَىٰ رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
Malay
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu
berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk),
kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan
(perintah-perintah) dengan jelas nyata.
|
Ayah 64:13 الأية
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Malay
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah
orang-orang yang beriman wajib berserah diri.
|
Ayah 64:14 الأية
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا
لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ ۚ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ
اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Malay
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu
dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta
berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak
marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat
demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
|
Ayah 64:15 الأية
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ
عَظِيمٌ
Malay
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan
di sisi Allah jualah pahala yang besar.
|
Ayah 64:16 الأية
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْرًا
لِّأَنفُسِكُمْ ۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Malay
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan
pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan
belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan
(ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi
oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
|
Ayah 64:17 الأية
إِن تُقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۚ
وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ
Malay
Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik
(ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan
kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang
kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
|
Ayah 64:18 الأية
عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Malay
Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
|
©
EsinIslam.Com Designed & produced by The Awqaf London. Please pray for us
|