First Ayah 1 الأية الأوليبِسْم ِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Ayah 42:2 الأية
عسق
Malay
Ain, Siin, Qaaf.
|
Ayah 42:3 الأية
كَذَٰلِكَ يُوحِي إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكَ اللَّهُ الْعَزِيزُ
الْحَكِيمُ
Malay
Sebagaimana yang terkandung dalam surah ini dan surah-surah yang lain -
diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Rasul-rasul yang terdahulu
daripadamu, oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
|
Ayah 42:4 الأية
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Malay
Dia lah yang mempunyai dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di
bumi; dan Dia lah Yang Tertinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
|
Ayah 42:5 الأية
تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِن فَوْقِهِنَّ ۚ وَالْمَلَائِكَةُ
يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِمَن فِي الْأَرْضِ ۗ أَلَا
إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Malay
Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya
kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah
sehingga menyeleweng dari jalan yang benar); dan malaikat bertasbih dengan
memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi.
Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
|
Ayah 42:6 الأية
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ اللَّهُ حَفِيظٌ عَلَيْهِمْ وَمَا
أَنتَ عَلَيْهِم بِوَكِيلٍ
Malay
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menjadikan sesuatu yang lain dari Allah
sebagai pelindung (yang disembah dan diharapkan pertolongannya), Allah sentiasa
mengawasi tingkah laku mereka (serta akan membalasnya); dan engkau (wahai
Muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai soal (bawaan
dan amalan) mereka.
|
Ayah 42:7 الأية
وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّتُنذِرَ أُمَّ الْقُرَىٰ
وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ فَرِيقٌ فِي
الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ
Malay
Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu
Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada
(penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta
memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang
tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan
sepuak lagi masuk neraka.
|
Ayah 42:8 الأية
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَهُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَٰكِن يُدْخِلُ مَن
يَشَاءُ فِي رَحْمَتِهِ ۚ وَالظَّالِمُونَ مَا لَهُم مِّن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Malay
Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat (yang
bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang
demikian bahkan Ia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam
rahmatNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang-orang yang zalim
tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.
|
Ayah 42:9 الأية
أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ ۖ فَاللَّهُ هُوَ الْوَلِيُّ وَهُوَ
يُحْيِي الْمَوْتَىٰ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Malay
Tidaklah patut mereka menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai
pelindung-pelindung (yang disembah dan dipuja) kerana Allah jualah Pelindung
yang sebenar-benarnya, dan Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati.
Dan (ingatlah), Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
|
Ayah 42:10 الأية
وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِن شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمُ
اللَّهُ رَبِّي عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ
Malay
Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): "Apa jua perkara
ugama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada
Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku
berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)".
|
Ayah 42:11 الأية
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا
وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا ۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ ۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ
وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Malay
Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu
pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis
binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan
jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada
sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)
dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
|
Ayah 42:12 الأية
لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ
وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Malay
Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia
memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah
ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu);
sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
|
Ayah 42:13 الأية
شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا
إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا
الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ
إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ
Malay
Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia
tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang
telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami
perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu:
"Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau
berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima
ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan
sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah
petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).
|
Ayah 42:14 الأية
وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۚ
وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى لَّقُضِيَ
بَيْنَهُمْ ۚ وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتَابَ مِن بَعْدِهِمْ لَفِي شَكٍّ
مِّنْهُ مُرِيبٍ
Malay
Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam
menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran
yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang);
berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama
sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari
Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu,
tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan
sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian
daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab
itu.
|
Ayah 42:15 الأية
فَلِذَٰلِكَ فَادْعُ ۖ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ
ۖ وَقُلْ آمَنتُ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِن كِتَابٍ ۖ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ
بَيْنَكُمُ ۖ اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ ۖ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ
أَعْمَالُكُمْ ۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ۖ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا
ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Malay
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada
berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana
yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan
oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah
jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu.
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana
kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari
kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi
balasan)".
|
Ayah 42:16 الأية
وَالَّذِينَ يُحَاجُّونَ فِي اللَّهِ مِن بَعْدِ مَا اسْتُجِيبَ لَهُ حُجَّتُهُمْ
دَاحِضَةٌ عِندَ رَبِّهِمْ وَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ
Malay
Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama
Allah sesudah disambut dan diterima ugamaNya itu - bantahan (dan tuduhan palsu)
mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa
kemurkaan (dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.
|
Ayah 42:17 الأية
اللَّهُ الَّذِي أَنزَلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ وَالْمِيزَانَ ۗ وَمَا يُدْرِيكَ
لَعَلَّ السَّاعَةَ قَرِيبٌ
Malay
Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan
keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat
mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).
|
Ayah 42:18 الأية
يَسْتَعْجِلُ بِهَا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِهَا ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا
مُشْفِقُونَ مِنْهَا وَيَعْلَمُونَ أَنَّهَا الْحَقُّ ۗ أَلَا إِنَّ الَّذِينَ
يُمَارُونَ فِي السَّاعَةِ لَفِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ
Malay
Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara
mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang
yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin
bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah
mengenai hari kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.
|
Ayah 42:19 الأية
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ
Malay
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas
kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha
Kuat, lagi Maha Kuasa.
|
Ayah 42:20 الأية
مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ
يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن
نَّصِيبٍ
Malay
Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami
akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa
yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri
kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak
akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.
|
Ayah 42:21 الأية
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ
اللَّهُ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۗ وَإِنَّ
الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Malay
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian
dari ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan
kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk
menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan
azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya
orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
|
Ayah 42:22 الأية
تَرَى الظَّالِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا كَسَبُوا وَهُوَ وَاقِعٌ بِهِمْ ۗ
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فِي رَوْضَاتِ الْجَنَّاتِ ۖ لَهُم
مَّا يَشَاءُونَ عِندَ رَبِّهِمْ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ
Malay
(Pada hari kiamat) engkau akan melihat orang-orang yang zalim takut ngeri (akan
balasan buruk) bagi kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, sedang azab
seksa itu tetap menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh
(bersenang-lenang) dalam taman-taman Syurga; mereka beroleh apa sahaja yang
mereka ingini di sisi Tuhan mereka; yang demikian itu ialah limpah kurnia yang
besar.
|
Ayah 42:23 الأية
ذَٰلِكَ الَّذِي يُبَشِّرُ اللَّهُ عِبَادَهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا
الصَّالِحَاتِ ۗ قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي
الْقُرْبَىٰ ۗ وَمَن يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَّزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْنًا ۚ إِنَّ
اللَّهَ غَفُورٌ شَكُورٌ
Malay
(Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya):
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku
tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan
itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan
pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak
disakiti)". Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi
kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan
orang-orang yang bersyukur kepadaNya).
|
Ayah 42:24 الأية
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا ۖ فَإِن يَشَإِ اللَّهُ يَخْتِمْ
عَلَىٰ قَلْبِكَ ۗ وَيَمْحُ اللَّهُ الْبَاطِلَ وَيُحِقُّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ ۚ
إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Malay
(Orang-orang kafir tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad) bahkan mereka
mengatakan: "Ia telah mereka-reka perkara dusta terhadap Allah" (Sebenarnya
tidak patut mereka berkata demikian) kerana Allah berkuasa - jika Ia menghendaki
- menutup hatimu (dan ingatanmu daripada menyatakan apa yang engkau telah
nyatakan itu, tetapi Allah tidak menghendaki yang demikian, bahkan Ia memberi
kuasa menyampaikan perintahNya, maka semua kenyataan yang engkau sampaikan
adalah benar belaka). Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara yang
salah serta Ia menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah wahyuNya dan
keputusanNya. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang
terkandung di dalam dada.
|
Ayah 42:25 الأية
وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ
وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ
Malay
Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat)
serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui
akan apa yang kamu semua kerjakan.
|
Ayah 42:26 الأية
وَيَسْتَجِيبُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَيَزِيدُهُم مِّن
فَضْلِهِ ۚ وَالْكَافِرُونَ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ
Malay
Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal
soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka
pohonkan). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab
seksa yang seberat-beratnya.
|
Ayah 42:27 الأية
وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَٰكِن
يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ
Malay
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan
melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi
Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang
dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan
hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
|
Ayah 42:28 الأية
وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِن بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُ
ۚ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ
Malay
Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula
menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang
melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.
|
Ayah 42:29 الأية
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِن
دَابَّةٍ ۚ وَهُوَ عَلَىٰ جَمْعِهِمْ إِذَا يَشَاءُ قَدِيرٌ
Malay
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta
segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia
Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).
|
Ayah 42:30 الأية
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن
كَثِيرٍ
Malay
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka
ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah
dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari
dosa-dosa kamu.
|
Ayah 42:31 الأية
وَمَا أَنتُم بِمُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ ۖ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِن
وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Malay
Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu
dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi
(atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari
Allah. - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.
|
Ayah 42:32 الأية
وَمِنْ آيَاتِهِ الْجَوَارِ فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ
Malay
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi)
seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.
|
Ayah 42:33 الأية
إِن يَشَأْ يُسْكِنِ الرِّيحَ فَيَظْلَلْنَ رَوَاكِدَ عَلَىٰ ظَهْرِهِ ۚ إِنَّ فِي
ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
Malay
Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu
terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi
tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang
sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.
|
Ayah 42:34 الأية
أَوْ يُوبِقْهُنَّ بِمَا كَسَبُوا وَيَعْفُ عَن كَثِيرٍ
Malay
Atau (jika Ia kehendaki) Ia binasakan kapal-kapal itu disebabkan dosa-dosa yang
dilakukan oleh orang-orangnya, (lalu setengahnya dibiarkan mati lemas) dan
(setengahnya diselamatkan dengan jalan) Ia memaafkan sebahagian besar dari
dosa-dosa mereka.
|
Ayah 42:35 الأية
وَيَعْلَمَ الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِنَا مَا لَهُم مِّن مَّحِيصٍ
Malay
(Berlakunya yang demikian supaya nyata kekuasaan Kami) dan supaya orang-orang
yang membantah ayat-ayat keterangan Kami mengetahui, bahawa mereka tidak akan
dapat jalan melepaskan diri (dari azab seksa).
|
Ayah 42:36 الأية
فَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَمَا عِندَ
اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ لِلَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
Malay
Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan
hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari
pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang
beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;
|
Ayah 42:37 الأية
وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ وَإِذَا مَا
غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ
Malay
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa
besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan
perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;
|
Ayah 42:38 الأية
وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ
بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Malay
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan
menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan
urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula
mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;
|
Ayah 42:39 الأية
وَالَّذِينَ إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَغْيُ هُمْ يَنتَصِرُونَ
Malay
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa
sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan
tidak melampaui batas).
|
Ayah 42:40 الأية
وَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَا ۖ فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ
عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
Malay
Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan
yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan
orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah
(dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang berlaku zalim.
|
Ayah 42:41 الأية
وَلَمَنِ انتَصَرَ بَعْدَ ظُلْمِهِ فَأُولَٰئِكَ مَا عَلَيْهِم مِّن سَبِيلٍ
Malay
Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka
mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan
mereka.
|
Ayah 42:42 الأية
إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي
الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Malay
Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang
melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada
sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa
yang tidak berperi sakitnya.
|
Ayah 42:43 الأية
وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Malay
Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang
terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang
dikehendaki diambil berat (melakukannya).
|
Ayah 42:44 الأية
وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن وَلِيٍّ مِّن بَعْدِهِ ۗ وَتَرَى
الظَّالِمِينَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ يَقُولُونَ هَلْ إِلَىٰ مَرَدٍّ مِّن
سَبِيلٍ
Malay
Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sesudah itu
sesiapapun yang dapat menolongnya. Dan engkau akan melihat orang-orang yang
zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata: "Adakah
sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?"
|
Ayah 42:45 الأية
وَتَرَاهُمْ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا خَاشِعِينَ مِنَ الذُّلِّ يَنظُرُونَ مِن طَرْفٍ
خَفِيٍّ ۗ وَقَالَ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا
أَنفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ أَلَا إِنَّ الظَّالِمِينَ فِي
عَذَابٍ مُّقِيمٍ
Malay
Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka dalam keadaan
tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke
neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang-orang yang
beriman pula berkata: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan
sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan
pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan
derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada
dalam azab seksa yang kekal".
|
Ayah 42:46 الأية
وَمَا كَانَ لَهُم مِّنْ أَوْلِيَاءَ يَنصُرُونَهُم مِّن دُونِ اللَّهِ ۗ وَمَن
يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن سَبِيلٍ
Malay
Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong - yang lain dari Allah - yang dapat
memberikan pertolongan kepada mereka; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah
(disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk
mendapat hidayah petunjuk).
|
Ayah 42:47 الأية
اسْتَجِيبُوا لِرَبِّكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لَّا مَرَدَّ لَهُ مِنَ
اللَّهِ ۚ مَا لَكُم مِّن مَّلْجَإٍ يَوْمَئِذٍ وَمَا لَكُم مِّن نَّكِيرٍ
Malay
Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum
datangnya dari Allah - hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada
bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya), dan tidak ada pula bagi kamu
sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan).
|
Ayah 42:48 الأية
فَإِنْ أَعْرَضُوا فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا ۖ إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا
الْبَلَاغُ ۗ وَإِنَّا إِذَا أَذَقْنَا الْإِنسَانَ مِنَّا رَحْمَةً فَرِحَ بِهَا ۖ
وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ فَإِنَّ الْإِنسَانَ
كَفُورٌ
Malay
Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai
Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah
menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). Dan (ingatlah) sesungguhnya
apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira
dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan
dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan
rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat
tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.
|
Ayah 42:49 الأية
لِّلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ يَهَبُ لِمَن
يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ
Malay
Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia
menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada
sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa
yang dikehendakiNya.
|
Ayah 42:50 الأية
أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَن يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ
إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Malay
Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan
Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya Ia Maha
Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
|
Ayah 42:51 الأية
وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَاءِ
حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ
عَلِيٌّ حَكِيمٌ
Malay
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya
kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik
dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan
(malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan
apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha
Bijaksana.
|
Ayah 42:52 الأية
وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنتَ تَدْرِي مَا
الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن
نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Malay
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang
menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum
diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui
apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami
beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran
itu ke jalan yang lurus,
|
Ayah 42:53 الأية
صِرَاطِ اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ أَلَا
إِلَى اللَّهِ تَصِيرُ الْأُمُورُ
Malay
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang
ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
|
©
EsinIslam.Com Designed & produced by The Awqaf London. Please pray for us
|