: 📗 → IbnKathir ابن كثير AtTabariy الطبري AlQurtubi القرطوبي AsSaadiyy السعدي AlBaghawi البغوي AlMuyassar الميسر AlJalalain الجلالين Grammar الإعراب Arabic Albanian Bangla Bosnian Chinese Czech English French German Hausa Indonesian Japanese Korean Malay Malayalam Persian Portuguese Russian Somali Spanish Swahili Turkish Urdu Yoruba Transliteration [+]
وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً ۙ وَمَا جَعَلْنَا
عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ
أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا ۙ وَلَا يَرْتَابَ
الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْمُؤْمِنُونَ ۙ وَلِيَقُولَ الَّذِينَ فِي
قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْكَافِرُونَ مَاذَا أَرَادَ اللهُ بِهَٰذَا مَثَلًا ۚ
كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللهُ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَمَا يَعْلَمُ
جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ ۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ
Malay
Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka
itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan
sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak
menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan
kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi
Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran),
dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya
orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu
(tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang
(munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir
berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil
ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui
tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan
berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi
manusia.