« Prev

55. Surah Ar-Rahmân سورة الرحمن

Next »



First Ayah   1   الأية الأولي
بِسْم ِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الرَّحْمَٰنُ
Malay
 
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

Ayah   55:2   الأية
عَلَّمَ الْقُرْآنَ
Malay
 
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

Ayah   55:3   الأية
خَلَقَ الْإِنسَانَ
Malay
 
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

Ayah   55:4   الأية
عَلَّمَهُ الْبَيَانَ
Malay
 
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

Ayah   55:5   الأية
الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ
Malay
 
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

Ayah   55:6   الأية
وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ
Malay
 
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

Ayah   55:7   الأية
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ
Malay
 
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

Ayah   55:8   الأية
أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ
Malay
 
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

Ayah   55:9   الأية
وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ
Malay
 
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

Ayah   55:10   الأية
وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ
Malay
 
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

Ayah   55:11   الأية
فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ
Malay
 
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

Ayah   55:12   الأية
وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ
Malay
 
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

Ayah   55:13   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Ayah   55:14   الأية
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ
Malay
 
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

Ayah   55:15   الأية
وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ
Malay
 
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

Ayah   55:16   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:17   الأية
رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ
Malay
 
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

Ayah   55:18   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:19   الأية
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Malay
 
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

Ayah   55:20   الأية
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Malay
 
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

Ayah   55:21   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:22   الأية
يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
Malay
 
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

Ayah   55:23   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:24   الأية
وَلَهُ الْجَوَارِ الْمُنشَآتُ فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ
Malay
 
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

Ayah   55:25   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:26   الأية
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
Malay
 
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

Ayah   55:27   الأية
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Malay
 
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

Ayah   55:28   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:29   الأية
يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ
Malay
 
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

Ayah   55:30   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

Ayah   55:31   الأية
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ الثَّقَلَانِ
Malay
 
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

Ayah   55:32   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:33   الأية
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ
Malay
 
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

Ayah   55:34   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:35   الأية
يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ
Malay
 
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

Ayah   55:36   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:37   الأية
فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ
Malay
 
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

Ayah   55:38   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:39   الأية
فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْأَلُ عَن ذَنبِهِ إِنسٌ وَلَا جَانٌّ
Malay
 
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

Ayah   55:40   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:41   الأية
يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ
Malay
 
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

Ayah   55:42   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:43   الأية
هَٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ
Malay
 
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".

Ayah   55:44   الأية
يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ
Malay
 
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

Ayah   55:45   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:46   الأية
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ
Malay
 
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

Ayah   55:47   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:48   الأية
ذَوَاتَا أَفْنَانٍ
Malay
 
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

Ayah   55:49   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:50   الأية
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ
Malay
 
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

Ayah   55:51   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

Ayah   55:52   الأية
فِيهِمَا مِن كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ
Malay
 
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

Ayah   55:53   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:54   الأية
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ
Malay
 
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

Ayah   55:55   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:56   الأية
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
Malay
 
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

Ayah   55:57   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:58   الأية
كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ
Malay
 
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

Ayah   55:59   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:60   الأية
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ
Malay
 
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

Ayah   55:61   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:62   الأية
وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ
Malay
 
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

Ayah   55:63   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:64   الأية
مُدْهَامَّتَانِ
Malay
 
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

Ayah   55:65   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:66   الأية
فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ
Malay
 
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

Ayah   55:67   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:68   الأية
فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ
Malay
 
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

Ayah   55:69   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:70   الأية
فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ
Malay
 
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

Ayah   55:71   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:72   الأية
حُورٌ مَّقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ
Malay
 
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

Ayah   55:73   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:74   الأية
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
Malay
 
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

Ayah   55:75   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:76   الأية
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ
Malay
 
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

Ayah   55:77   الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Malay
 
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ayah   55:78   الأية
تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Malay
 
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
 


© EsinIslam.Com Designed & produced by The Awqaf London. Please pray for us